APA ITU SBPT?
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) ialah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia
yang membekalkan buku teks secara percuma kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
di seluruh negara. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa serta
memastikan setiap murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran yang mencukupi.
Objektif SPBT:
- Menyediakan buku teks kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
- Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga.
- Memupuk rasa tanggungjawab menjaga kemudahan awam (buku teks).
Peranan Murid:
Murid bertanggungjawab menjaga buku teks dengan baik, menggunakan sampul plastik, tidak menconteng atau merosakkan buku, serta memulangkan buku dalam keadaan baik selepas tamat tempoh pinjaman.
Murid bertanggungjawab menjaga buku teks dengan baik, menggunakan sampul plastik, tidak menconteng atau merosakkan buku, serta memulangkan buku dalam keadaan baik selepas tamat tempoh pinjaman.